12 buah kampung di Kota Marudu telah menerima bantuan

Seramai 200 orang ketua ahli keluarga daripada 12 buah kampung di Kota Marudu telah menerima bantuan akibat banjir yang melanda minggu lalu. Sumbangan disalurkan kepada Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA) oleh 2 syarikat iaitu Koperasi Pembangunan Usahasama Masyarakat Maju Sabah (KOP-Pusmaju) dan Permodalan Capital Berhad (PCB) berjumlah RM30 ribu. Penyampaian disempurnakan oleh Timbalan Yang Dipertua USIA YBhg Dato Sri Haji Arsit Haji Sedi dan Pengerusi Kedua-Dua Koperasi Datin Zairenah @ Irene Siyu pada 02 Februari 2019, Sabtu, 11 pagi bertempat di masjid At-Taqwa Pekan Kota Marudu. Turut sama dalam majlis itu ialah Pengerusi Kedua-Dua Syarikat tersebut YBhg Datin Zairenah @ Irene Siyu, Pengerusi Tetap Persidangan UMNO YBhg Datuk Ismarah Madcasar, Naib Yang Dipertua YM Encik Madailie Haji Basri, Setiausaha Agung YBhg Datuk Haji Hamzah Datuk Haji Mohd. Zakaria, 2 Ahli Majlis Tertinggi YM Ustaz Abtin Atoh dan Ustaz Zainal Aliuddin yang juga merupakan Ketua USIA Bahagian Kota Marudu

Kongsikan artikel ini

PinIt

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Top