9 orang Majlis Tertinggi Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA) mengadakan kunjungan hormat terhadap Yang Amat Berbahagia Tun Datuk Seri Panglima Dr Juhar Datuk Mahiruddin, Yang Dipertua Negeri Sabah, di Istana Negeri Kota Kinabalu.

KUNJUNGAN: Seramai 9 orang Majlis Tertinggi Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA) pagi tadi, Isnin, 04 Februari 2019 telah mengadakan kunjungan hormat terhadap Yang Amat Berbahagia Tun Datuk Seri Panglima Dr Juhar Datuk Mahiruddin, Yang Dipertua Negeri Sabah, di Istana Negeri Kota Kinabalu. Rombongan itu diketuai oleh Yang Dipertuanya, YBhg Datuk Haji Sairin Haji Karno, 2 Timbalan Yang Dipertua, YBhg Dato Sri Haji Arsit Haji Sedi dan YBhg Dato Haji Mohammed Yussof Haji Apdal, 3 Naib Yang Dipertua YBhg Prof Datuk Haji Kasim Haji Mansur, YB Datuk Haji Uda Haji Sulai dan YM Encik Madaile Haji Basri, Setiausaha Agung, YBhg Datuk Haji Hamzah Datuk Haji Mohd. Zakaria dan Bendahari Agung, YBhg Datuk Haji Abdul Razak Tun Sakaran. Tujuan kunjungan itu selain memperkenalkan AMT USIA yang baru sesi 2019-2021 juga memberikan taklimat tentang perjalanan dakwah USIA di negeri ini 

Kongsikan artikel ini

PinIt

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Top