Ahli USIA Disaran Pilih Pemimpin Berakhlak

Ahli-Ahli USIA Disaran Pilih Pemimpin Yang Mempunyai Akhlak dan Moral Tinggi

SEMPORNA: Ahli-ahli Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (Usia) disaran memlilih pemimpin di kalangan mereka yang mempunyai akhlak dan moral yang tinggi, berpengetahuan agama serta mengamailakn yang makruf serta meninggalkan yang mungkar.

Ahli-Ahli-USIA-Disaran-Pilih-Pemimpin-Yang-Mempunyai-Akhlak-dan-Moral-Tinggi-1

Hamzah (kiri) sedang memberikan ucapan

Setiausaha Agungnya, Datuk Hamzah Datuk Mohd. Zakaria menjelaskan pemimpin yang dipilih hendaklah mampu memperjuangankan agama dan kebajikan ahli khususnya umat Islam secara keseluruhannya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan, Usia Bahagian Semporna bertempat Dewan Persidangan Majlis Daerah Semporna Sabtu, 17 Oktober 2015, 09.30 pagi.

Katanya pemimpin yang hendaklah dipilih hendaklah benar-benar berkelayakan, menepati kriteria pemimpin yang dianjurkan oleh Islam kerana kesilapan memilih pemimpin akan memberikan impak negativif kepada pertubuhan itu sendiri dan perkembangan agama Islam secara keseluruhannya.

“Dalam konteks mempilih pemimin, Rasuulullah S.A.W telah bersabda yang maksudnnya: “Apabila dipersia-siakan amanah, maka tunggulah kehancuran, maka baginda ditanya lagi, apakah makusd mensia-siakan? Jawab baginda, apabila diserahkan amanah kepada orang yang bukan ahlinya, maka tunggulah saat kehancuran.”

Kemudian Hamzah menjelaskan pengertian hadis itu ialah sama-sama ingat mengingati akan tugas dan tanggungjawab sebagai ahli-ahli Usia dalam memilih para pemipin sama ada diperingkat akar umbi maupun ke peringkat yang lebih tinggi.

“Ahli-ahli Usia hendaklah mengamalkan kasih sayang dan saling hormat menghormati terutama mereka yang lebih tua khususnya para pemimpin lama yang telah bersusah payah berjuang, berkorban wang ringgit, masa dan tenaga demi untuk memastikan Usia berada dalam landasan yang betul serta sentiasa relevan di pentas dakwah Islamiah di Negeri Sabah.”

Beliau juga mengingatkan ahli-ahlinya agar sentiasa menghiasi diri dengan sifat tawaduk disamping melipat gandakan usaha dalam merancang strategi kea rah menjadi pemimpin yang disegani, dihormati dan diteladani oleh masyarakat lain.

“Kita tidak nafikan generasi pelapis perlu diketengahkan sebagai pengganti kepada yang lama, namun tidak bermakna pemimpin veteran yang telah menabur jasa dan bakti kepada perjaungan dakwah Islamiah di Negeri ini perlu diketepikan sebaiknya mereka digandingkan agar kepimpinan lebih mantap dan dihormati”

Mantan Pengarah Protokol Negeri Sabah itu juga menyeru ahli-ahli Usia untuk sama-sama merancang strategi pelbagai aktiviti dakwah untuk memberi manfaat kepada semua disamping mengeratkan silatulrahim saling bersatu padu dan berkerjasama.

Ahli-Ahli-USIA-Disaran-Pilih-Pemimpin-Yang-Mempunyai-Akhlak-dan-Moral-Tinggi-2

Sebahagian daripada beberapa perwakilan

“Oleh itu adalah menjadi tanggungjawab setiap ahli-ahli Usia untuk bergerak lebih aktif bagi meningkatkan syiar Islam ke tahap yang lebih tinggi dan sentiasa pula berkembang.”

Akhirnya beliau menggesa ahli-ahli Usia supaya mengelakkan tanggapan negativif terhadap usaha yang dibuat serta dirancangan oleh pihak Kerajaan demi untuk kepentingan rakyat jelata.

Sementara itu Pemangku Ketua Usia Bahagian Semporna, Dato Haji Abd. Razak Tun Sakaran dalam ucapannya menyeru dan mengesa ahli-ahli Usia agar menumpuhkan pada persamaan antara mereka kerana perpaduan dapat membina daya tahan dalam menghadapi sebarang masalah mapupun cabaran.

Katanya perbezaan pendapat tidak seharusnya membawa kepada perpecahan jika ianya dipandu dengan hati yang bersih dan adab yang baik.

“Biar berbeza mana pun pandangan, kita masih bersatu sebagai contoh dalam usaha membina daya tahan yang kuat dalam menghadapi cabaran masa kini.”

Menurutnya dakwah merupakan satu bentuk jalan untuk menyeru dan menyampaikan ajaran Islam secara bijaksana agar pengajaran dan maklumatnya sampai kepada khalayak.

“Hakikatnya setiap umat Islam hendaklah mempaparkan bahawa cara dan pendekatan dakwah mesti bersesuaian dengan cabaran serta situasi semasa.”

Abd. Razak juga menjelaskan dalam kecanggihan dan kepesatan ICT melalui Facebook, WhatsApp, You Tube, Email dan Instagram itu tidak menjamin bahawa sesuatu dakwah Islam dapat difahami dengan betul oleh setiap orang.

“Kadang-kadang orang kita menerima bulat-bulat bahan yang tersiar, yang benar itu sudah tidak menjadi benar dan yang salah itu benar, terutama bab agama tanpa merujuk kepada Guru Agama dan Ustaz.”

Masyarakat kita amat terpengaruh dengan apa yang disampaikan melalui aplikasi tersebut.

Seterusnya beliau menginggatkan ahli-ahli Usia terutama ibu-bapa agar sentiasa memberi didikan agama kepada anak-anak mereka supaya terdidik dalam acuan agama yang betul dan menjadi produk yang sarat berpengetahuan.

Selain dari itu Abd. Razak juga merasa risau atas perubatan menukar kepimpinan dalam pelbagai jawatan dalam Usia kerana kalau ianya tidak ditanggani dengan betul akan merosakkan pertubuhan itu.

“Ada pemimpin veteran masih boleh berkhidmat dan disegani, kenapa kita mahu tukar mereka, tunggulah masanya akan tiba juga bagi pemimpin pelapis atau muda mengambil alih.”

Menurutnya Usia telah dikenali ramai dan tertubuhnya Muis, Jheains adalah usahanya dan ianya berlaku pada 23 September 1973 dimana Dewan Undangan Negeri Sabah dalam persidangannya meluluskan.

Akhirnya beliau menyeru ahli-ahli Usia di Semporna agar meningkatkan dakwah Islamiah secara bersepadu asal sesuai dengan kehendak pertubuhan itu untuk membangunkan modal insan yang berminda kelas pertama.

Lebih seratus perwakilan mewakili 28 cawangan menghadiri mesyuarat itu termasuk Penolong Setiausaha Agung Usia, Haji Matin Datuk Pandin dan Ahli Majlis Tertingginya, Wasimin Haji Rashim.

Kongsikan artikel ini

PinIt

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Top