Amalan Bersedekah Membawa Kesejahteraan

KOTA KINABALU: Walaupun kita boleh berbangga dengan kemakmuran dan pembangunan pesat dikecapi, namun masih ada orang fakir , miskin, anak yatim, mangsa bencana alam dan sebagainya yang tidak syak lagi memerlu dan dahagakan pertolongan, perhatian dan pembelaan yang sewajarnya daripada golongan yang berkemampuan.

Amalan-Bersedekah-Membawa-Kesejahteraan-1

Kelihatan Arshad sedang menyampaikan sumbangan kepada salah seorang fakir miskin.

Demikian menurut Datuk Haji Arshad Haji Idris, Bendahari masjid USIA Bandar Kota Kinabalu ketika menyaksikan ibadah korban seekor lembu sumbangan keluarga Datuk Haji Yusoff Haji Apdal, pada 24 September 2015, 10 pagi, bertempat di halaman masjid tersebut.

“Meskipun hasrat dan keinginan tersebut mereka tidak suarakan, namun selaku masyarakat prihatin kita bertanggungjawab membela dan membantu mereka.”

Sesuai dengan sambutan Hariraya Aidiladha atau Hariraya Korban ibadah korban tahun ini beberapa orang perseorangan, masjid, surau dan sebagainya mengadakan ibadah korban dengan tujuan membuat amalan sebagai tanda kesyukuran kepada Allah S.W.T.

Menurut Arshad yang juga Bendahari Agung Usia, sebagai umat Islam yang benar-benar tersentuh hati dan mempunyai niat yang mulia untuk melakukan amal ibadat kurban ini, tentunya ada pelbagai pendekatan untuk menjayakan niat ikhlas mereka.

Amalan-Bersedekah-Membawa-Kesejahteraan-3

Wakil Ibu Pejabat Polis IPK Kepayan menyerahkan sumbangan kepada salah seorang penerima.

“Hati dan jiwa umat Islam yang disuluh oleh keimanan dan ketaqwaan kepada Allah S.W.T pasti akan dapat melihat nilai-nilai yang baik dari amalan berkorban”

Seterusnya Arshad menjelaskan dalam al-Quran juga menyebut bahawa betapa simboliknya amalan kurban itu kepada orang-orang yang beriman dan bertaqwa.

Kelmarin sebaik sahaja selesai solat sunat Hariraya Aidiladha, adalah hari kemuncaknya mereka telah mengadakan ibdah korban.

Amalan-Bersedekah-Membawa-Kesejahteraan-2

Yusoff dan keluarga turut menyaksikan ibadah korban.

Masjid Usia Bandar Kota Kinabalu selain menjalankan ibdah qurban juga telah menerima beberapa kilo daging korban daripada Ibu Pejabat Polis IPK Kepayan yang diserahkan oleh wakilnya untuk diagih-agihkan.

Turut menyaksikan penyembelihan itu ialah Yusoff dan keluarganya serta Arshad.

Kongsikan artikel ini

PinIt

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Top