Badan Dakwah Bahagian Sandakan akan turut serta memperkasa dan melaksanakan dakwah Islamiah bersama Pertubuhan Islam Seluruh Sabah USIA

INGIN TURUT SERTA: Badan Dakwah Bahagian Sandakan akan turut serta memperkasa dan melaksanakan dakwah Islamiah. Demikian menurut Pengerusinya yang juga Timbalan Presiden Majlis Perbandaran Sandakan, Y.Bhg Haji Mohd. Hansan Haji Awang Supan ketika mengadakan Kunjungan Hormat terhadap Yang Dipertua Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA) Y.A.Bhg Tun Datuk Seri Panglima (Dr) Haji Sakaran bin Dandai di pejabtanya di Wisma USIA, PH Level 11, Tower D, 1Borneo Jalan Sulaman Kota Kinabalu. Katanya ini adalah tanggungjawab kepada umat Islam. Turut serta dalam rombongan itu ialah Encik Mohd. Sufan Bakrin, Encik Abu Haji Lele dan Encik Noding Supu sementara USIA ialah Setiausaha Agung dan Penolong Setiausaha Agungnya Y.Bhg Datuk Haji Hamzah Datuk Haji Mohd. Zakaria dan Y.Bhg Datuk Haji Matin Datuk Haji Pandin serta Bendahari Agung Y.Bhg Datuk Haji Arshad Haji Idris

Kongsikan artikel ini

PinIt

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Top