Belia USIA buat perlantikan AJK Baru 2015-2018

  • DSC_1124_640x374.jpg
  • DSC_1147_640x347.jpg

pemimpin dan para belia hendaklah memainkan peranan dalam menggerakkan perubahan ke arah tranformasi pertubuhan mereka…

KENINGAU: Belia Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA) dalam mesyuaratnya telah menyusun semula barisan kepimpinan bagi tahun 2015-2018.

Mesyuarat tersebut dipengerusikan oleh Ketuanya Jamawi Haji Jaafar di salah sebuah hotel di Keningau pada 8 Februari, Isnin, 4 petang.

Naib Ketua masih kekal di pegang oleh Ketua USIA Bahagian Kudat, Jamlie Suntang, Setiausaha Mohd. Taslim Ketua Belia USIA Bahagian Tenom, Bendahari Azman Jantan, Ketua Belia USIA Bahagian Kota Belud dan Ketua Penerangan Jaafar Abd. Wahid.

Juga turut dibentuk iaitu 4 biro (Penerangan) Ketua: Jaafar Abd. Wahid Ajk Erwan Syamri dan Mohd. Talsim Tahir, (Ekonomi) Ketua: Ekbal Khalid Ketua Belia USIA Bahagian Tawau , AJK Hamid Tauji dan Faizal Julaili, (Dakwah) Ketua: Jamli Suntang, Ketua Belia USIA Bahagian Kudat, AJK Mohamad Sufan Bahrin, Lokman Datuk Madlis dan Jadmin Mohd. Soon, (Kewangan) Ketua: Azman jantan Ketua Belia USIA Bahagian Kota Belud, AJK Suhaidi Awang Damit dan Anuar Hamzah.

Bagi menyelaras setiap aktiviti, Belia USIA juga telah membentuk 6 zon masing-masing diketuai oleh seorang ketua iaitu zon 1 (Kota Belud, Kudat, Kota Marudu) Jamli Suntang, zon 2 (Kota Kinabalu, Tuaran, Tamparuli dan Ranau) Ketua: Hamid Tauji zon 3 (Papar, Membakut, Kuala Penyu, Beaufort dan Sipitang (Ketua: Faizal Jualili zon 4 (Keningau, Tenom, Tambunan dan Nabawan) Ketua: Erwan Syamri zon 5 (Beluran, Sandakan, Kinabatangan dan Sugut) Ketua: Lokman Datuk Madlis dan zon 6 (Tawau, Semporna, Kunak, Lahad Datu dan Tungku) Ketua: Mohd. Elbal Khalid.

Jamawi sebaik sahaja selasai mengumumkan perlantikan exconya berharap bebarap aktiviti yang bakal dirancangan dan dilaksanakan dapat memberikan manfaat kepada ahli-ahli USIA terutama para belia USIA di Sabah.

Katanya para belia bukan sahaja cekap, berwawasan dan berkesan, malah mereka perlu sentiasa berkerjasama rapat untuk mencapai satu objektif.

Menurut beliau pemimpin dan para belia hendaklah memainkan peranan dalam menggerakkan perubahan ke arah tranformasi pertubuhan mereka.

Pemimpin belia mestilah menerima perubahan yang dapat meningkatkan segala-galanya termasuk sumber kewangan, system tadbir urus dan system penyammpaian yang baik, bahkan dapat membuka lebih banyak peluang mempelbagai aktiviti.

Beliau yang juga Ketua Penerangan Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia menjelaskan, mengurus pertubuhan belia memerlukan kesepaduan dalam kepimpinan dengan lain kata apa pun jenis kepimpinan yang digunakan, hubungan dan jalinan kerjasama antara mereka hendaklah ada dan erat.

“Bagi menunju belia yang berwawasan, para belia perlu memiliki daya tahan diri yang lebih tinggi bagi menangkis segala gejala buruk dan jahat serta pelbagai cabaran yang dicetuskan oleh anasir-anasir yang tidak bertanggungjawab.”

Akhirnya beliau menasihati para belia agar sentiasa berhati-hati dengan teknologi maklumat yang semakin pesat dan canggih ketika ini kerana ianya boleh membawa implikasi yang tidak baik jika seseorang itu tidak menggunakan dengan baik.

Sebelum itu barisan Belia USIA Pusat telah mengadakan perjumpaan khas dan sempat bertukar-tukar fikiran dengan Yang Dipertua USIA, Tun Sakaran dandai, Setiausaha Agung dan Penolong Setiausahanya Datuk Hamzah Datuk Mohd. Zakaria dan Matin Datuk Pandin.

Kongsikan artikel ini

PinIt

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Top