Bersedekah Meringgankan Bebanan Orang Lain

SEMPORNA: Pengertian konsep bersedekah ialah memberi sesuatu yang boleh menggembirakan atau meringgankan beban hidup seseorang atau golongan yang memerlukan dengan niat ikhlas untuk mengharapkan keredhaan Allah SWT.

Demikian menurut Yang Dipertua, Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (Usia), Tun Sakaran bin Dandai ketika menyampaikan ucapan di majlis Makan Malam Semarak Budi Bersama Tun Sakaran semepena Jubli Perak, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tun Sakaran Semporna pada malam Jumaat 29 Oktober 2015.

Katanya bersedekah bukan hanya terhad kepada wang ringgit, harta benda bahkan kata-kata yang baik serta senyuman juga merupakan satu bentuk sedekah.

Bersedekah-Meringgankan-Bebanan-Orang-Lain-2

“Boleh dikatakan setiap kebajikan yang dilakukan semata-mata kerana Allah SWT adalah satu bentuk sedekah.”

Menurut Sakaran ganjaran bagi mereka yang suka bersedekah adalah besar selain mendapat pengampunan sebahagian daripada dosa-dosa yang dilakukan.

“Ini ditegaskan oleh Allah SWT menerusi firmanNya dalam surah al-Baqarah, ayat 261 yang bermaksud; Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya ke jalan Allah ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai, tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah) Allah akan melipat gandakan pahla bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan Allah maha luas kurniaNya bagi meliputi ilmu pengetahuanNya.”

Sakaran juga menjelaskan amalan suka bersedekah dapat menyelamatkan seseorang itu dan meringgankan bebanan mereka selain dapat membawa kesejahteraan bukan sahaja di dunia malahan di akhirat kepada para dermawannya.

Menyentuh tentang umat Islam, Sakaran menyarankan agar mereka sentiasa merancang strategi dan sentiasa pula berlumba-lumba untuk menimba ilmu bagi menjamin meraka sentiasa seiring dengan bangsa dan agama yang lain supaya mereka disegani serta mantap dari segi akal fikiran.

Pada majlis itu Sakaran yang mewakili Usia telah dan Datuk Haji Jamal Tun Sakaran masing-masing menyumbangkan RM10 ribu ringgit bagi menaik taraf pembenaan surau sekolah itu.

Majlis malam itu diserikan oleh nyanyian daripada kumpulan SaffOne, kumpulan Nasyid SK Bangau-Bangau dan kumpulan Nasyid Al-Maarif.

Bersedekah-Meringgankan-Bebanan-Orang-Lain-3

Lebih 500 orang hadir antaranya Pegawai Pendidikan Daerah Semporna, Umai Salmah Abd. Karim, Ketua Daerah Semporna Musa Bin Sabaani, Ketua Usia Bahagian Semporna Datuk Razak Tun Sakaran, dan Pengetua SMKA Tun Sakaran Mohd. Ismail Mahamood serta Pengerusi PIBG SMKA Tun Sakaran, Mahathir Kabolani.

Sementara itu Sakaran ketika berucap merasmikan Program Tahfiz Al Quran sekolah itu pada paginya menerangkan ianya dapat melahirkan murid-murid yang celik Al Quran, huffaz, pendakwah, pendidik dan imam yang mahis, berwibawa serta berketrampilan.

Beliau percaya program itu dapat melahirkan lebih banyak generasi baru yang memartabatkan Al Quran demi membentuk mereka bertaqwa, berilmu dan bermanfaat kepada pembangunan ummah dan Negara.

“Semoga program ini dapat mencungkil dan mengembangkan lagi bakat serta kemahiran yang berteraskan nilai-nilai agama Islam, disamping mewujudkan suasana pembelajaran yang stabil, bersistematik serta dapat memastikan pengajaran dan pembelajaran.”

Bersedekah-Meringgankan-Bebanan-Orang-Lain-1

Beliau berharap program ini dapat menjadi wadah kepada para pelajar lain untuk mendalami ilmu-ilmu Al Quran sehingga mampu melahirkan insan yang berkualiti serta memahami Islam secara syumul, seimbang di antara mengejar kecemerlangan dunia dan kebahagian akhirat.

“Difahamkan dalam tempoh 25 tahun, SMKA Tun Sakaran telah Berjaya melahirkan ramai golongan professional, ahli korporat dan para akademik, malahan masih ramai murid-murid lepasan sekolah ini yang masih di institusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta di Negeri ini.”

Menurutnya kejayaan ini harus menjadi kebanggaan kepada masyarakat yang lain di daerah ini.

Seramai 10 penutut terpilih menyertai program itu.

Kongsikan artikel ini

PinIt

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Top