Cawangan dan Bahagian USIA Diarah Kemas Kini Keahlian

  • DSC_0982_640x334.jpg
  • DSC_0996_640x363.jpg
  • DSC_1002_640x255.jpg

KUALA PENYU: Kesemua cawangan dan bahagian Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA) di negeri ini diarah mengemaskinikan keahlian masing-masing bagi menjadikan pertubuhan NGO Islam itu teratur dan sistematik serta menyenangkan ahli menyemak keahlian mereka.

Langkah ini perlu dalam melihat hasrat USIA menjadi sebuah pertubuhan NGO Islam yang kukuh, teguh dan bersemangat waja.

Gesaan tersebut dibuat oleh Setiausaha Agungnya, Datuk Hamzah Datuk Mohd. Zakaria ketika berucap merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan USIA Bahagian Kuala Penyu bertempat di dewan Amboyat Dato Shah Bandar Makang di sini pada 19 Mei 2016.

Katanya jika perkara ini tidak dilakukan maka akan terjadilah beberapa orang ahli yang telah meninggal dunia masih lagi tercatat nama mereka dalam buku daftar keahlian.

Menurut Hamzah setiap cawangan dan bahagian perlulah proaktif dalam menjadikan pengurusan pentadbiran asas utama disamping mengadakan aktiviti yang telah dirancangan dijalankan.

“Cawangan dan bahagian hendaklah melakukan peremajaan baru kerana selama ini USIA telah berada ditakuk lama dengan tidak berusaha mengadakan penyusunan yang sistematik ditambah dengan tidak mengadakan penambahan keahlian baru.”

“Kita perlu merekrut sebanyak mungkin ahli baru bagi menambahkan keahlian disamping mengajak mereka berada dalam persatuan NGO Islam yang kuat di negeri ini.”

Dengan ini jelasnya mereka akan turut sama dapat berdakwah dan mentransformasikan USIA menjadi sebuah pertubuhan Islam yang sentiasa relevan sepanjang masa dan zaman.

“Kita hendak semua orang berpendidikan, berilmu, golongan profesional, cerdik pandai dan berwibawa berada dalam USIA.”

“Ahli-ahli USIA di semua peringkat perlulah bertindak pantas dan agresif dalam menjadikan dakwah itu sebagai pembinaan dan pengukuhan indentiti utama.”

Hamzah juga berharap agar semua cawangan dan bahagian USIA dapat merancang dan mengadakan beberapa aktiviti untuk manfaat ahli dan masyarakat terutama orang-orang Islam.

Akhirnya beliau menyeru umat Islam agar mengelakkan diri daripada perpecahan dan bermusuhan sesama sendiri kerana ianya amat merugikan dan umat Islam menjadi lemah, tidak mampu bersaing ditengah-tengah kehidupan dunia seperti apa yang berlaku kepada beberapa buah negara Islam di dunia ketika ini.

Turut hadir dalam mesyuarat itu ialah Ketua USIA Bahagian Hashim Awang Damit.

Seramai 10 orang perwakilan terpilih mewakili USIA Bahagian Kuala Penyu ke Perhimpunan Agung Tahunan Perwakilan USIA ke 30 pengujung tahun ini iaitu Hashim Awang Damit, Mohd. Kassim Mohd. Yassin, Siti Aminah Aching, Janisah Ghani, Rohani Untong, Dayang Kassim, Masli Museh, Bungsu Pungut, Moktar Janai dan Mohd. Esa Sari ~ MSAM.

Kongsikan artikel ini

PinIt

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Top