Hijrah Menjana Perpaduan Ummah

KOTA KINABALU: Kejayaan hijrah itu hendaklah terus relevan bagi memperteguhkan kekuatan ummah sekali gus matlamat yang besar supaya dapat tercapai melalui mujahadah dan kesatuan hati.

Permuafakatan, perpaduan itu pula hendaklah diasaskan berdasarkan keimanan, nilai ukhwah dan keikhlasan.

Demikian menurut Yang Dipertua Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (Usia) Tun Sakaran Dandai ketika menyampaikan perutusan sempena Maal Hijrah 1437H/2015M.

Katanya keimanan itu pula memancar dari nilai ukhuwah yang tidak mengenal warna kulit, kedudukan dan sebagainya.

Hijrah yang unggul itu sesungguhnya menyaksikan pelbagai hikmah dan iktibar yang sekali gus menyerah cerminan dalam menempuh kejayaan.

Menurut Sakaran terdapat beberapa faktor yang menjadi teras kepada kejayaan hijrah Rasulullah S.A.W yang boleh menjadi fomula ummah dalam upaya mengembalikan kegemilangan dan meletakkan martabat ummah pada sisi yang sebenarnya sesuai dengan kehairan ummah itu sendiri.

Dalam konteks Malaysia perpaduan amat penting kerana ianya menjana keamanan dan keharmonian di mana rakyat Malaysia boleh duduk bersama, berbincang tanpa ada rasa perbezaan antara satu dengan yang lain.

“Persefahaman yang telah Berjaya dicapai perlu dikekalkan supaya tiada perasaan curiga antara kaum kerana jikanya berlaku akan menejejas dan merosakkan semangat kejiranan yang telah sekian lama terjalin.”

Seterusnya Sakaran menjelaskan perkara utama yang mendokong dan mendorong kekuatan umat Islam yang awal itu ialah melaksanakan misi hijrah dan menegakkan kalimatullah Hiyalulya dengan ciri-ciri keikhlasan dalam berjuang, kesetiaan dan kesediaan dalam berkorban selain tahan dalam menghadapi pelbagai tekanan, rintangan yang menegakkan kebenaran.”

Katanya sebuah kejayaan yang besar itu tidak akan meminggirkan penglibatan pelbagai pihak dalam menjayakanya, malah dalam konteks perjuangan, amal jamaei juga menjadi pra syarat untuk menjamin kesempurnaan segala objektif yang menjadi sasaran.

“Rasulullah S.A.W telah membentuk keperbadian kental dan mujahdah para sahabat menerusi teladan utama yang ditunjukkan oleh sahsiah Baginda seperti sabar, berprinsip, amanah, ikhlas, tinggi nilai kasih sayang, adil dan lain-lain.”

Justru itu tambah Sakaran, umat Islam hendaklah menyakini diri mereka dengan tuntutan Hijrah dalam Islam, supaya menjadi suatu kemestian bagi mengambil langkah bersungguh-sungguh agar mereka mampu duduk sama rendah dengan bangsa-bangsa yang lain.
Selain dari itu perpaduan kaum akan menjadikan Negara aman dan tenteram dimana keadaan ini membolehkan pihak kerajaan merancang dan melaksanakan pembangunan dengan lancer untuk meningkatkan taraf hidup rakyat.

“Perpaduan kaum juga menaikkan imej Negara di mata Negara lain, sekali gus memboktikan pemimpin Malaysia dapat memerintah dengan baik dan seharusnya rakyat Malaysia bersyukur dengan keamanan yang Berjaya dikecapi disampingkan keharmonian atara kaum yang berbilang kaum.”

Akhirnya beliau berharap mudah-mudahan Hijrah tahun ini akan lebih memantapkan penghayatan terhadap perjuangan, pengorbanan dan jihad dalam pelbagai dimensi hidup, khasnya dalam menjana mujahadah untuk memastikan negara sentiasa bernaung kemakmuran dan kesejahteraan berteraskan perpaduan ummah.

Kongsikan artikel ini

PinIt

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Top