Institut Wasatiyyah Malaysia akan Berkerjasama

Institut Wasatiyyah Malaysia akan Berkerjasama Promosi Gerakan Kesederhanaan

KOTA KINABALU: Institut Wasatiyyah Malaysia yang diletakkan di bawah Jabatan Perdana Menteri Malaysia akan mempromsikan gerakan kesederhanaan dan keseimbangan dalam semua aspek kehidupan.

Demikian menurut Pengarahnya, Dato’ Mohd. Yusof Din ketika mengadakan kunjungan hormat terhadap Yang Dipertua, Pertubuhan Islam Sabah (Usia, Tun Sakaran Dandai, 2 petang, 11 September 2015 bertempat di Menara Usia, Level 12, Pengthouse, 1Borneo, Off Jalan Sulaman Kota Kinabalu.

Menurut Mohd. Yusof, Institut Wasatiyyah berperanan memberi tumpuan terhadap aspek kesederahanaan dan keseimbangan menerusi rasa hormat terhadap demokrasi, peraturan dan undang-undang pendidikan, maruah dan harga diri seseorang serta keadilan sosial.

Antara aktiviti yang dijalankan oleh pihaknya ialah seminar, wacana, majlis iftar, konvensyen saudara muslim dan himpunan rakan watayiyyah.

Seterusnya Mohd. Yusof berharap pihaknya akan dapat mengadakan aktiviti yang sama dengan Usia bagi menjelaskan bahawa fahaman ekstremis tidak boleh didepani dengan keganasan kerana ianya akan mengakibatkan lebih banyak kemusnahan.

“Fahaman ekstremis tidak pernah dialu-alukan dalam mana-mana agama dan sejarah juga tidak pernah dicatatkan oleh mereka yang mana menyokong amalan amalan ekstremis sebaliknya oleh mereka yang kekal pada landasan perjuangan kesederhanaan dan kesimbangan tanpa mengorban kepercayaan mereka.”

Menurut Mohd. Yusof ajaran Islam sendiri meletakkan kepentingan awam lebih tinggi daripada kepentingan peribadi.

Sementara itu Sakaran mengalu-alukan kerjasama antara Usia dan Institut Wasatiyyah Malaysia dalam mengadakan pelbagai aktiviti ilmu untuk manfaat para peserta yang ikut serta nanti.

Katanya Usia juga telah mengadakan dan akan mengadakan pelbagai aktiviti yang menjurus kepada konsep yang sama terutama dalam bidang dakwah.

“Usia hendak meningkatkan kefahaman ahli-ahlinya terutama masyarakat Islam supaya meningkatkan penghayatan terhadap Islam dengan pelbagai program peningkatan ilmu.”

Akhinya beliau berharap agar sebahagian usaha yang dibuat oleh Usia dapat memeratabatkan Islam melalui wahana gerakan dakwah.

Antara yang hadir dalam kunjungan itu ialah Setiausaha Agung Usia dan Penolongnya, Datuk Hamzah Datuk Mohd. Zakaria dan Matin Datuk Pandin serta Timbalan Pengarah Institut Wasatiyyah Malaysia, Mohamad Fadzil Omar Baki.

Kongsikan artikel ini

PinIt

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Top