Islam Mengajar Adab dan Akhlak Yang Mulia

RANAU: Islam mengajar umatnya beradab dan berakhlak mulia, menghormati orang tua dan menyayangi orang muda, menjaga keharmonian hubungan keluarga serta menghindarkan hal-hal yang merosakkan hubungan persaudaraan.

Setiausaha Agung Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (Usia) Datuk Hamzah Datuk Mohd. Zakaria menginggatkan ahli-ahli Usia dan masyarakat Islam ketika merasmikan mesyuarat agung tahunan ke 29 Usia Bahagian Ranau bertempat di dewan serbaguna SMK Lohan Ranau pada 26 September 2015, Sabtu, 10.00 pagi.

Katanya Islam sangat menganjurkan hubungan silatulrahim, bahkan ianya merupakan inti dari ajaran Islam.

Menurut Hamzah betapa rahmatnya hidup saling berkerjasama dan menyingkirkan segala sengketa dalam membangunkan hidup yang berjaya dan penuh keadaban serta akhlak yang mulia.

“Kesatuan hati yang bersumberkan keikhlasan sesunggunya akan memancarkan suasana harmoni dan rasa kebahagiaan di kalangan umat Islam.”

Seterusnya beliau menjelas Rasulullah S.A.W menjadi teladan dalam memberikan perhatian yang amat mendalam terhadap nilai perpaduan yang menjamin kekuatan ummah.

“Ikatan ukhwah Islamiah yang teguh itu juga menjadi penjana kepada kekuatan ummah.”

Mantan Pengarah Protokol Negeri Sabah itu juga menerangkan, sejarah telah membuktikan betapa terlerainya nilai ukhwah dan perpaduan ummah menjadi punca kelemahan yang akhirnya menjebak umat ke jurang kemunduran dan mudah dipermain-mainkan oleh musuh.

Lalu Hamzah mengajak ahli-ahli Usia dan umat Islam agar tegak sebagai pencorak, bukan menjadi golongan yang dicorak dimana umat Islam menjadi pentu, bukan umat yang mudah diluntur dan dipermain-mainkan.

“Ahli-ahli Usia dan umat Islam juga perlu tegak sebagai penjana kemajuan dan kemakmuran, bukan menjadi ummah yang hanya layak menjadi pentonton kepada segala kemajuan dan kejayaan yang dicapai oleh orang lain.”

Beliau menyeru ahli-ahli Usia agar memilih pemimpin yang mempunyai akhlak dan moral yang tinggi disamping berpengetahuan dalam agama serta mengamalkan yang makruf dan meninggalkan yang mungkar.

“Ini bukan bererti generasi pelapis tidak diperlukan tetapi gandingan baru dan lama perlu ada dan pemimpin veteran yang telah menabur jasa serta bakti kepada perjuangan dakwah Islamiah melalui Usia di Negeri ini masih diperlukan.”

Dengan ini akhir beliau prinsip berorganisasi perlu seiring saling dokong mendokongi, hormati menghormati, bertolak ansur dan berkerjasama supaya hubungan yang sedia ada terus terjalin antara pemimpin lama dan baru.

Sementara itu Ketua Usia Bahagian Ranau, Wasimin Rashim menjelaskan bagi memantapkan dan memperkasa dakwah Islamiah di Daerah Ranau pihaknya akan menubuhkan beberapa buah cawangan yang baru.

“Gagasan melaksana dan memperkasa gerakan dakwah Islamiah sememangnya bersifat menyeluruh yang menurut perancangan secara bijaksana dengan memberi penekanan kepada pembangunan bersepadu.”

Dalam hal ini jelasnya Usia Bahagian Ranau akan merancang beberapa aktiviti yang bersangkut paut dengan dakwah.

“Kita cuba untuk mengembalikan kecemerlangan Usia terutama dalam gerak kerja dakwah yang akan disesuaikan dengan keperluan dan cabaran semasa supaya ia kekal relevan di pentas dakwah.”

Sementara itu Usia Cawangan Kampung Timbua melalui wakilnya, Jamirin Yaji dalam usulnya mencadangkan jawatan Yang Dipertua Usia yang dipegang oleh Tun Sakaran Dandai ketika tidak ditandangi dan usul beliau diterima semua perwakilan.

Turut hadir dalam mesyuarat itu ialah Penolong Setiausaha Agung Usia, Matin Datuk Pandin dan Noorafidzah Affy Kamaruddin daripada Ibu Pejabat Usia selaku pemantu ~ MSAM.
PENGENALANJ GAMBAR:

8102 MERASMIKAN: Kelihatan Hamzah kiri sedang berucap.

8111 TANDA INGATAN: Hamzah sedang menerima cenderakangan daripada Wasimin sebaik sahaja selesai merasmikan mesyuarat itu.

Kongsikan artikel ini

PinIt

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Top