Islam Menitikberatkan Ilmu dan Pendidikan

KOTA KINABALU: Ajaran Islam menuntut umatnya agar menitikberatkan ilmu dan pendidikan agar dapat melahirkan insan yang berketrampilan dan membangunkan sahsiah manusia agar menjadi insan-insan yang bertaqwa.

Demikian menurut Yang Dipertua, Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (Usia) Tun Sakaran Dandai ketika mengadakan perjumpaan khas dengan Pegawai dan Kakitangannya kelmarin Isnin, 7 Sept.2015, 1.00 tengahari, bertempat di bilik mesyuarat, Wisma Usia, Level 12, Tower D, 1Borneo, Off Jalan Sulaman Kota Kinabalu.

Katanya dalam membangunkan pendidikan ianya adalah satu tanggungjawab, yang memerlukan jiwa besar dan bukan boleh sambil lewa kerana bidang pendidikan dapat membangunkan kemajuan dan tamadun dunia.

“Moga pendidikan, dimana benih yang kita tanam akan menumbuhkan kebun kejayaan dan keagungan ummah dunia dan akhirat.”

Menurut Sakaran usaha untuk melahirkan bangsa yang berkualiti ialah dengan mengisi roh dengan iman dan taqwa, mengisi akal dengan ilmu dan pengetahuan serta mendidik nafsu agar kemahuannya sentiasa positif.

“Belajarlah sampai ke Negara Cina sekali pun, kerana rakyat Negara itu berjiwa besar dan mencapai kecemerlangan yang lebih hebat berbanding bangsa-bangsa lain di dunia.

“Mereka Berjaya membina empayar kerana memiliki jiwa yang besar dan sangat rajin, gigih dan bersungguh-sungguh.”

Seterusnya mantan Yang DiPertua Negeri Sabah itu menjelaskan bangsa yang kuat dan berjiwa besar sentiasa optimis, tenang, bahagia, berwibawa, disegani serta dihormati.

“Umat Islam sentiasa berhadapan dengan pelbagai cabaran, andainya hari ini kita mundur dan tewas, generasi akan datang merasa kesal dan kecewa sebab itu umat Islam harus menguasi pelbagai bidang kemajuan.”

Sakaran juga mengajak umat Islam agar sentiasa menyuburan jiwa supaya sentiasa yakin, berusaha, bercita-cita tinggi dalam membangunkan sahsiah diri.

Sehubungan itu beliau menggesa bahagian Dakwah Usia agar melipatgandakan usaha kearah memantapkan akidah Islam.

“Sesuai dengan dasar untuk membangunkan modal insan yang berminda kelas pertama kita akan membangunkan dan cuba menggerakkan bahagian dakwah Usia, dengan pengambilan beberapa orang Penolong Pegawai Dakwah yang berkelulusan dalam agama yang boleh mengajar al-Quran, fikah da tauhid yang akan di tempatkan di merata bahagian Usia di negeri ini dalam masa terdekat.

“Kita berharap usaha untuk memartabatkan Islam melalui wahana gerakan dakwah Usia akan menjadi kenyataan.”

Pejumpaan itu dihadiri oleh Pegawai dan Kakitangan IbuPejabat Usia termasuk Setiausaha Agung dan Bendahari Agungnya, Datuk Hamzah Datuk Mohd. Zakaria dan Datuk Arshad Idris.

Kongsikan artikel ini

PinIt

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Top