Kerjasama memberi manfaat

KOTA KINABALU: Kerjasama dapat memupuk tanggungjawab sosial melalui penglibatan dalam pelbagai aktiviti dan memberi manfaat kepada masyarakat selain dapat mewujudkan perpaduan yang lebih jitu.

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Hajah Azizah Datuk Mohd. Dun menjelaskan kerjasama bukan sahaja memberikan hasil yang positif tetapi menguntungkan pelbagai pihak.

Kerjasama-memberi-manfaat-3

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Majlis Terbuka Hari Raya Aidilfitri 1436H/2015M anjuran bersama Perkumpulan Perempuan Sabah dan Wanita Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA) pada 10 Ogos 2015, 7 malam bertempat di salah sebuah hotel di Sembulan Kota Kinabalu.

Katanya keharmonian sesebuah Negara disuambangkan oleh pengurusan yang baik dalam kompenan penting terhadap kerja-kerja kemasyarakatan yang mesti dipupuk dan disemai sebagai suatu budaya.

Beliau yang juga Ketua Wanita Usia dan Presiden Perkumpulan Perempuan Sabah menjelaskan organsasi merupakan agen social yang penting yang boleh menyumbang segala bentuk aktiviti dalam sesebuah masyarakat.

Kerjasama-memberi-manfaat-2

Beliau berharap pihaknya akan terus mengadakan pelbagai aktiviti bersama demi untuk kebaikan dan manfaat kaum wanita itu sendiri.

“Hidup bermasyarakat telah menjadi salah satu daripada tuntutan naluri dan keperluan setiap insan dan ianya merupakan satu kewajipan untuk merapatkan hubungan antara sesama insan.”

Seterusnya Azizah menjelaskan hubungan yang baik antara kaum merupakan asas dalam mengeratkan perpaduan ke arah mencapai kebahagiaan, keamanan dan kemakmuran.

Kerjasama-memberi-manfaat-1

“Kejayaan dalam sesuatu program kemasyarakatan bergantung kepada sikap dan tanggungjawab semua ahlinya bagi melaksanakan dengan jayanya dan penglibatan, sokongan dan rasa tanggungjawab memerlukan komitmen yang tinggi.”

Menyentuh Hari Raya beliau berkata ianya merupakan kesempatan terbaik untuk menjalin ukhwah dan silatulrahim.

‘Gunakan kesempatan yang mulia ini untuk saling bermaaf-maafan, menziarahi keluarga dan handai taulan.”

Lebih 200 orang hadir dalam majlis itu termasuk Penaung Wanita Usia, Toh Puan Sitti Hajah Rukiyah Datuk Panglima Abdullah, Setiausaha Agung Usia, Datuk Haji Hamzah Datuk Haji Mohd. Zakaria dan Bendahari Agung Usia, Datuk Haji Arshad Idris.

Kongsikan artikel ini

PinIt

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Top