Kualiti Kerja Perlu Dalam Aktiviti Hidup

Kualiti Kerja Amat Diperlukan Dalam Aktiviti Hidup

KOTA KINABALU: Kualaiti merupakan sesuatu yang amat diperlukan dalam kehidupan seseorang insan terutama dalam perkhidmatan.

Demikian menurut Setiausaha Agung, Pertubuhan Islam Seleuruh Sabah (USIA), Datuk Hamzah Datuk Mohd. Zakaria ketika memberikan ucapan dalam majlis kesyukran dan doa selamat sempena pemergian seorang pegawai dakwahnya, Ahmad Yaya yang akan berlepas Ahad ini ke tanah suci Makkah untuk menunaikan fardu Haji pada tahun ini.

Kualiti-Kerja-Amat-Diperlukan-Dalam-Aktivit-Hidup-2

Majlis tersebut diadakan pagi tadi Khamis, 10 September 2015, bertempat di Menara USIA, Tower D, Level 4, 1Borneo, Off Jalan Sulaman Kota Kinabalu.

Katanya untuk mencapai taraf kualiti yang tinggi bukalah mudah, tetapi tidak sukar sekiranya seseorang pekerja itu bersikap peka akan tugas dan kerja mereka.

“Kualiti bermakasud dari segi perancangan, strategi, kaedah pembuatan, pemikiran, ilmu dan juga adab, etika dan tatasusila kerja mereka.”

Menurut Hamzah kualiti juga boleh ditakrifkan sebagai darjah kecemerlangan, bermutu atau sifat keunggulan.

Kualiti-Kerja-Amat-Diperlukan-Dalam-Aktivit-Hidup-1

“Kalau seseorang pekerja itu dapat menghasilkan mutu kerja berkualiti maka agensi atau organisasi tempat dia berugas akan mendapat keuntungan dan pelanggan akan rasa puas dengan perkhidmatan yang diberikan.”

Manatan Pengarah Protokol Negeri Sabah itu juga memberitahu setiap perkerja hendaklah sentiasa meningkatkan diri dengan pelbagai ilmu dalam memajukan diri selain dapat menyumbang kebolehan mereka kepada organisasi di mana mereka bertugas.

Kualiti-Kerja-Amat-Diperlukan-Dalam-Aktivit-Hidup-33

“Mereka hendaklah mengenal pasti jenis keluaran yang dihasilkan selain pihak organsasi memberikan pandun dan tata kerja seharian kepada mereka untuk memenuhi kehendak pelanggan dengan bermatlamatkan para pelanggan akan merasa puas.”`

Seterusnya Hamzah menjelaskan daripada perspektif Islam, kualiti adalah wasilah atau wahana untuk mencapai kebahagiaan, kerohanian hidup, ianya mengajak semua manusia untuk membuat sebanyak mungkin kebaikan selain faham tentang kemungkaran dan berusaha untuk mencegahnya.

Usia menghantar seorang atau lebih kakitangannya pada setiap tahun untuk menunaikan ibadah haji atas biaya Keduataan Saudi Arabia.

Majis itu dihadiri oleh Pegawai-Pegawai dan Kakitangan Ibu Pejabat USIA termasuk Bendahari Agung dan Penolong Setiausaha Agfung, Datuk Arshad Idris dan Matin Datuk Pantin serta Pengerusi Kelab Kebajikan USIA. Damit Haji Tajuddin.

Kongsikan artikel ini

PinIt

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Top