KUNJUNGAN HORMAT 3 PEGAWAI KANAN PERTUBUHAN KEBAJIKAN ISLAM MALAYSIA (PERKIM) KEBANGSAN KE PEJABAT YANG DIPERTUA PERTUBUHAN ISLAM SELURUH SABAH ( USIA )

KUNJUNGAN HORMAT: Isnin, 06 Februari 2017, 10.30 pagi satu Kunjungan Hormat terhadap Yang Dipertua Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA, Y.A.Bhg Tun Datuk Seri Panglima (Dr) Haji Sakaran bin Dandai telah diadakan bertempat di Menara USIA, Penthouse, Level 12, Tower D, 1Borneo, Jalan Sulaman Kota Kinabalu oleh 3 Pegawai Kanan Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) Kebangsaan, diketuai oleh Setiausaha Agung Kehormatnya, Y.Bhg Tan Sri Dr Mohd Yusof Noor. Dua Pegawai yang lain ialah Y.Bhg Tan Sri Dr Rasid A. Kadir, Bendahari Agung PERKIM dan YM Encik Zulkefli Arifin, Setiausaha Kerja PERKIM. Dalam pertemuan 1 jam itu juga, Dr Yusof juga menyampaikan 3 surat iaitu Perlantikan Tun Sakaran sebagai Timbalan Yang Dipertua PERKIM, Perlantikan sebagai Ahli Jawatankuasa Kerja (Exco) PERKIM dan Jemputan Mesyuarat Exco PERKIM pada 17 Februari 2017. Turut bersama dalam majlis itu ialah Setiausaha Agung dan Bendahari Agung USIA, Y.Bhg Datuk Haji Hamzah Datuk Haji Mohd. Zakaria dan Y.Bhg Datuk Haji Arshad Haji Idris

Kongsikan artikel ini

PinIt

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Top