Kunjungan Hormat 7 Pegawai Kumpulan Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sabah (SEDCO) Bertemu Yang Dipertua, Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA)

KERJASAMA: Industri pelancongan diiktiraf di peringkat global sebagai salah satu sektor menjana ekonomi dalam memberi sumbangan kepada ekonomi negara. Sebab itu industri itu perlu menyedia dan memberikan kemudahan seperti perhotelan dan sebagainya. Itu intipati Kunjungan Hormat 7 Pegawai Kumpulan Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sabah (SEDCO) terhadap Yang Dipertua, Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA) YBhg Datuk Haji Sairin Haji Karno di pejabatnya di Menara USIA, Tower D, PH Level 12, 1Borneo, Jalan Sulaman Kota Kinabalu pada 05 Mac 2019, Selasa, 2.30 petang. Tujuan kunjungan itu ialah mohon kerjasama untuk membena Hotel di tanah USIA di Tambunan. Moga terbenanya nanti perhotelan ini akan merancakkan lagi sektor pelancongan di daerah Tambunan. Kunjungan itu diketuai oleh Pengurus Besar Kumpulan, YBhg Datuk Haji Pengiran Saifuddin Pengiran Tahir. Turut hadir Penolong Setiausaha Agung USIA YBhg Datuk Haji Matin Datuk Haji Pandin dan 2 Ahli Majlis Tertinggi YBhg Ustaz Jumain Abdul Ghani dan YBgh Dato’ Dr Sani Yahamin 

Kongsikan artikel ini

PinIt

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Top