KUNJUNGAN HORMAT Seramai 35 orang ahli rombongan Para Ikhwan TQN Pondok Pesantren Suryala Indonesia telah mengadakan Kunjungan Hormat terhadap Yang Dipertua, Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA)

KUNJUNGAN HORMAT: Seramai 35 orang ahli rombongan Para Ikhwan TQN Pondok Pesantren Suryala Indonesia telah mengadakan Kunjungan Hormat terhadap Yang Dipertua, Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA), Y.A.Bhg Tun Datuk Seri Panglima (Dr) Haji Sakaran bin Dandai di Wisma USIA, Tower D, Penthouse, Level 12, 1Borneo, Jalan Sulaman Kota Kinabalu Selasa, 18 April 2017, 10 pagi. Rombongan itu terdiri daripada Kalimantan Utara, Tarakan dan Nunukan diketuai oleh 2 wakil rakyat iaitu YB Haji Arshad Thalib dan YB Haji Abdul Khair.Dalam kunjungan kira-kira 1 jam itu kumpulan tersebut telah diberikan taklimat perkembangan USIA oleh Tun Sakaran disamping dibawa melawat ke beberapa tempat sekitar wisma USIA. Turut bersama dalam kunjungan itu ialah Setiausaha Agung USIA dan Penolongnya Y.Bhg Datuk Haji Hamzah Datuk Haji Mohd. Zakaria dan Y.Bhg Datuk Haji Matin Datuk Pandin serta Ahli Majlis Tertinggi USIA Y.Bhg Datuk Haji Abd. Razak Tun Sakaran 

Kongsikan artikel ini

PinIt

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Top