KUNJUNGAN HORMAT: Seramai 4 Pegawai daripada Institute Pengajar al-Quran (IPAQ) Malaysia ke Bangunan Ibu Pejabat USIA

KUNJUNGAN HORMAT: Seramai 4 Pegawai daripada Institute Pengajar al-Quran (IPAQ) Malaysia telah mengadakan Kunjungan Hormat terhadap Yang Dipertua, Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA), Y.A.Bhg Tun Datuk Seri Panglima (Dr) Haji Sakaran bin Dandai di pejabatnya Wisma USIA, Penthouse, Level 12, Tower D, 1Borneo, Jalan Sulaman Kota Kinabalu pada 13 Januari 2017, Jumaat, 4 petang. Rombongan itu diketuai oleh Y.Bhg Prof Dato’ Dr Zulkifli bin Haji Mohd. Yusoff sementara ahli yang lain ialah Y.Bhg Dr Mohd. Tajuddin Jali, Encik Muhammad Hardy Pudar dan Cik Mahira binti Bakar. Turut bersama ialah Setiausaha Agung USIA, Penolongnya Y.Bhg Datuk Hamzah Datuk Haji Mohd. Zakaria, Y.Bhg Datuk Haji Matin Datuk Haji Pandin, Bendahari Agung USIA Y.Bhg Datuk Haji Arshad Haji Idris dan Pengerusi Masjid Bandaraya Kota Kinabalu, Y.Bhg Datuk Haji Jamal Tun Sakaran. Dalam kunjungan kira sejam itu Tun Sakaran telah memberikan taklimat tentang perjalanan USIA dari dulu hingga sekarang di samping Dr Zulkifli memberitahu tentang kewujudan Institute Pengajar al-Quran

Kongsikan artikel ini

PinIt

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Top