LAWATAN YDP USIA KE BAHAGIAN USIA TAMPARULI


TERUSKAN LEGASI: Legasi Allahyarham YABhg Tun Datu Haji Mustapha Datu Harun dan YABhg Tun Datuk Seri Panglima (Dr) Haji Sakaran Dandai dalam memimpin Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA), 50 tahun lalu akan diteruskan oleh Yang Dipertua barunya YBhg Datuk Haji Sairin Haji Karno. Allahyarham Mustapha pengasas dan Yang Dipertua Pertama USIA telah banyak berbakti ke arah kejayaan USIA pada masa lalu sebelum berundur pada tahun 1994 dan diganti oleh Sakaran. Keduanya mengikut Sairin, kejayaan USIA memang tidak dapat dinafikan dalam bidang dakwah di negeri ini. Itu inti pati ucapan beliau ketika mengadakan lawatan ke USIA Bahagian Tamparuli sejak terpilih memegang jawatan nombor 1 itu pada Jumaat lalu. Turut sama dalam lawatan itu ialah Naib Yang Dipertua, YM Encik Madaile Haji Basri, Setiausaha Agung USIA, YBhg Datuk Haji Hamzah Datuk Haji Mohd. Zakaria, Bendahari Agung USIA, YBhg Datuk Haji Abdul Razak Tun Sakaran dan Ahli Majlis Tertinggi USIA, YM Encik Edul Mulud 

Kongsikan artikel ini

PinIt

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Top