Lebih 200 Peserta Sertai Kursus Pengurusan Jenazah

  • IMG-20160601-WA0006_640x360.jpg
  • IMG-20160601-WA0007_640x360.jpg
  • IMG-20160601-WA0008_640x360.jpg

PAPAR: Lebih 200 orang peserta telah menyertai Kursus Pengurusan Jenazah anjuran Syukbah Taman Perkuburan Masjid Jamik Assalam Kampung Benoni kerjasama Belia Usia Bahagian Papar/Usia Cawangan Kampung Benoni bertempat di masjid Jamek Assalam Kampung Benoni Papar pada 31 Mei 2016.

Kursus yang bermotokan Satu Keluarga Satu Wakil itu dibimbing oleh dua Pegawai Dakwah Usia iaitu Ustaz Haji Ahmad Yahya dan Ustaz Haji Ikhwan Asngadi daripada Ibu Pejabat Usia Kota Kinabalu.

Semasa berkursus para peserta mengikuti ceramah dan praktikal seperti Pengurusan Jenazah (Teori), Pengurusan Jenazah (Praktikal memandikan jenazah), Pengurusan Jenazah (Mengkafankan jenazah), Pengurusan Jenazah (Solat jenazah) dan Pengurusan Jenazah (Pengkebumian).

Sementara itu salah seorang pembimbing kursus itu Haji Ahmad Yahya menjelaskan pengurusan jenazah adalah merupa fardu kifayah dan wajib dipelajari dan diketahui oleh masyarakat Islam serta wajib dituntut oleh orang-orang yang beriman.

Katanya bila saja kematian mereka yang tidak tau mengurus jenazah akan mencari dan menyerahkan kepada Imam, Nazir atau badan khairat kematian yang berkemahiran untuk mengurus jenazah tersebut yang sepatutnya amalan tersebut perlu diperbetulikan dimana semua mestilah mengikut lunas-lunas ajaran Islam yang sebenar.

Menurut Ahmad dengan adanya kesedaran masyarakat Islam, terutama ahli keluarga untuk mempelajari perihal berkaitan pengurusan jenazah dan kematian ianya akan lebih memudahkan.

Kurusus itu diadakan sehari suntuk bermula 8 pagi hingga 3 petang ~ MSAM.

Kongsikan artikel ini

PinIt

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Top