Membangun Modal Insan Mulakan Dari Diri Pengurusan Jenazah Siri Ke 2 Program Bulanan Ibupejabat USIA

AJAL TIDAK MENGENAL USIA: Sedar tidak sedar, hidup ini pendek. Yang pasti ada saat sampai ke penghujungnya. Iaitu kematian. Apa pun jangan kita tertipu dengan usia muda, kerana syarat mati tidak harus tua. Jangan pula kita terpedaya dengan badan yang sihat, kerana syarat mati, tidak harus sakit. Kematian pasti tiba bila-bila?, dimana? Kenapa? Semua itu telah ditentukan oleh Allah S.W.T. Itu inti pati ceramah disampaikan oleh Al-Fadhil Ustaz Haji Ikhwan Asngadi, Pegawai Dakwah USIA dalam Siri Ke 2 Program Bulanan Ibupejabat USIA: Membangun Modal Insan Mulakan Dari Diri: Pengurusan Jenazah yang diadakan pada 22 Mac 2017, 10 pagi hingga 12 tengahari bertempat di Wisma USIA, Tower D, Level 4, 1Borneo, Jalan Sulaman Kota Kinabalu. Pengurusan Jenazah dikendalikan oleh Ustaz Haji Ahmad Yahya dari USIA dan Ustazah Lilis Mulyani dari JHEINS. Turut hadir dalam program itu ialah Setiausaha Agung USIA dan Penolong Setiausaha Agungnya, Y.Bhg Datuk Hamzah Datuk Haji Mohd. Zakaria dan Y.Bhg Datuk Haji Matin Datuk Pandin serta Bendahari Agung USIA Y.Bhg Datuk Haji Arshad Haji Idris 

Kongsikan artikel ini

PinIt

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Top