USIA MENYEMARAKKAN MASJID DALAM PEMBANGUNAN DAKWAH ISLAMIAH

MENYEMARAKKAN DAKWAH: JK Masjid Al-Mujahirin Kg. Gudon Menggatal Kota Kinabalu telah menerima sumbangan RM8 ribu daripada Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA) dan Datuk Haji Arshad Haji Idris Ahli Korporat, tengahhari kelmarin, 27 Januari 2017, Jumaat, sebaik sahaja solat Fardu Jumaat selesai di masjid tersebut. Sumbangan RM4 ribu dari USIA dan Datuk Haji Arshad Haji Idris disampaikan oleh Yang Dipertua Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA) Y.A.Bhg Tun Datuk Seri Panglima (Dr) Haji Sakaran bin Dandai kepada Pengerusi Masjid Encik Ismail Tuduki. Ismail berharap sumbangan itu dapat digunakan untuk menyemarakkan masjid dalam pembangunan dakwah Islamiah selain mendaulatkan syiar Islam. Turut sama dalam majlis itu ialah Setiausaha Agung USIA dan Penolongnya Y.Bhg Datuk Haji Hamzah Datuk Haji Mohd. Zakaria, Y.Bhg Datuk Haji Matin Datuk Haji Pandin, Bendahari USIA Y.Bhg Datuk Haji Arshad Haji Idris , Penyanyi Popular 70an Dato Jeffrydin dan Ketua Kampung Gudon Encik Mohadis KK Sabtu 

Kongsikan artikel ini

PinIt

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Top