Pendakwah Mesti Ada Ilmu dan Kemahiran – Azizah

  • DSC_2741_640x342.jpg
  • DSC_2748_640x438.jpg
  • DSC_2757_640x282.jpg
  • DSC_2762_640x367.jpg
  • DSC_2775_640x395.jpg
  • DSC_2789_640x430.jpg
  • DSC_2811_640x430.jpg
  • DSC_2822_640x393.jpg

KOTA KINABALU: Cabaran seseorang yang ingin menjadi pendakwah ialah ilmu dan kemahiran, semangat tanpa ilmu serta kemahiran boleh membantutkan niat untuk menjadi pendakwah.

Dari itu setiap pendakwah hendaklah mempunyai ilmu dan kemahiran yang berkaitan dengan isu-isu yang realistik dan strategik demi memperkasa gerak kerja dakwah yang berkesan.

Demikian menurut Ketua Wanita Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA) Datuk Hajah Azizah Datuk Seri Panglima Haji Mohd. Dun ketika berucap dalam Program Pendakwah Muda Wanita USIA Sabah anjuran Wanita USIA kerjasama USIA Pusat petang kelmarin, Jumaat, 29 April 2016 bertempat di Pusat Pentadbiran USIA, Dewan Utama, Level 4, Tower D, 1Borneo, Off Jalan Sulaman Kota Kinabalu.

Katanya tidak ada kerja dakwah yang mudah namun tidak bermakna kerja sebagai pendakwah mesti dilakukan dengan penuh kekurangan dan tidak kesempurnaan.
Menurut Azizah sebelum berdakwah mereka mestilah mengenal pasti kekangan dan hambatan isu-isu yang yang akan dihadapi dan perlu ditangani.

Para pendakwah mestilah menjadi contoh, ikutan yang baik daripada segi akhlak dan personaliti bahkan juga seluruh ahli keluarga kerana mereka adalah sasaran dakwah yang pertama.

“Maka kita manfaatkan masa dan kekuatan untuk mendidik masyarakat terutama generasi muda agar cenderung memilih kebaikkan dan membenci kemungkaran.”

Azizah yang juga Timbalan Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat menjelaskan mendidik generasi muda adalah lebih strategik dan berkesan daripada segi jangka masa panjang bahkan boleh dianggap sebagai langkah pemuliharaan yang effektif.

“Cabaran dan isu yang pelbagai menuntut para pendakwah untuk mempunyai persediaan ilmu dan kemahiran yang berkaitan dengan isu-isu yang realistik dan strategik demi memperkasakan gerak kerja dakwah masa kini.”

Seterusnya beliau menjelaskan pendakwah juga seharusnya mengambil kesempatan menggunakan peluang berdakwah di hujung jari melalui media sosial seperti Facebook, Twitter, WhatsApp, Instgram dan lain-lain.

“Sebahagian daripada kita adalah pengguna setia laman sosial dan sejauh manakah kita merebut peluang untuk berdakwah melaluinya.”

Menurut Azizah cabaran paling utama masa kini ialah memperkenalkan Islam sebagai agama terbaik, ianya tidak hanya slogan tetapi sebagai cara hidup semata-mata.

“Sekiranya keistimewaan ini digunakan di dalam melaksanakan tanggungjawab dakwah pasti ia akan meninggalkan impak yang positif.”

Akhirnya beliau berharap usaha yang dilakukan ini dapat melahirkan lebih ramai pendakwah muda wanita yang bijaksana dan menjadi contoh tauladan yang baik kepada masyarakat selain mempelawa mereka untuk menjadi sukarelawan pendakwah bagi membantu wanita USIA.

Sebanyak 3 ceramah telah disampaikan pada sebelah paginya iaitu Ciri-Ciri Seorang Pendakwah (Ustazah Nordiana Haji Alwi), Ilmu dan Pelaksanaan ( Haji Mohd. V Agos Haji Mohd. Hadidin) dan Pendakwah Muda (Ustaz Badrul Hisyam Bakar).

Sementara sebelah petangnya pula diadakan Mini Forum berjodol Pendakwah Muda ‘Perananan dan Cabaran’ terdiri daripada Moderator ( Ustaz Haji Lamsin Angali) Ahli-Ahli Panel ( Ustaz Malai Ali Malai Ahmad, Ustazah Nordiana Haji Alwi dan Haji Mohd. V Agos Haji Mohd. Hadidin)
Lebih 200 peserta menyertai program itu terdiri daripada penuntut-penuntut SMA Toh Puan Rahmah, SMA Papar, Politeknik Kota Kinabalu, Kolej Yayasan Sabah, UITM Kamus Sabah, Kolej Kediaman USIA-UMS, YADIM Sabah, JAKIM Sabah dan JHEAINS.

Turut bersama dalam majlis penutupan ialah Setiausaha Agung USIA, Datuk Haji Hamzah Datuk Haji Mohd. Zakaria dan Setiausaha Wanita USIA, Hajah Rubiah Nordin ~ MSAM.

Kongsikan artikel ini

PinIt

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Top