Penerima Tokoh Maal Hijrah 1439H/2017M Peringkat Kebangsaan, Y.A.Bhg Tun Datuk Seri Panglima (Dr) Haji Sakaran bin Dandai, Yang Dipertua, Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA)

SIDANG AKHBAR: Penerima Tokoh Maal Hijrah 1439H/2017M Peringkat Kebangsaan, Y.A.Bhg Tun Datuk Seri Panglima (Dr) Haji Sakaran bin Dandai, Yang Dipertua, Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA) telah mengadakan Sidang Akhbar sekembalinya beliau ke Kota Kinabalu pada Ahad, 24 September 2017, 12 tengahari, bertempat di bilik VVIP KKIA Kota Kinabalu. Dalam intipati sidang akhbar tersebut beliau banyak menekankan kepada jalinan hubungan silatulrahim dan sikap saling menghormati antara satu sama lain tanpa mengira status agama, bangsa dan fahaman politik. Katanya dalam melangkah ke alaf baru ini umat Islam perlu tegak sebagai penjana kemajuan dan kemakmuran. Turut sama berada menyambut beliau ialah Y.Bhg Datuk Haji Matin Datuk Haji Pandin, Penolong Setiausaha Agung USIA, beberapa Ahli Majlis Tertinggi, sahabat andai dan ahli keluarga\

Kongsikan artikel ini

PinIt

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Top