PERTUBUHAN ISLAM SELURUH SABAH ( USIA ) AKAN TERUS BERDAKWAH

TERUS BERDAKWAH: Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA) akan terus berdakwah sejajar dengan peranan dan tujuan penubuhannya sejak 49 tahun lalu. Demikian menurut Yang Dipertunya YABhg Tun Datuk Seri Panglima (Dr) Haji Sakaran bin Dandai ketika bertemu Pegawai-Pegawai dan Kakitangan USIA pagi tadi, Selasa, 14 Ogos 2018, bertempat di Menara USIA, Bilik Mesyuarat, Tower D, Level 12, 1Borneo, Jalan Sulaman Kota Kinabalu. Katanya USIA yang merupakan perintis badan dakwah di Sabah akan mengamalkan pendekatan berhikmah dengan memberikan nafas baru agar kaedahnya sesuai dengan keadaan dan perkembangan semasa. Turut sama dalam majlis itu ialah YABhg Toh Puan Hajah Siti Rukaiyah Binti Datuk Panglima Abdullah, Setiausaha Agung dan Bendahari Agung, YBhg Datuk Haji Hamzah Datuk Haji Mohd. Zakaria dan YBhg Datuk Haji Arshad Haji Idris.

Kongsikan artikel ini

PinIt

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Top