Pusat Latihan Dakwah Al Bukhary/USIA menelan belanja RM5 juta

PUSAT AL BUKHARY/USIA: Pusat Latihan Dakwah Al Bukhary/USIA menelan belanja RM5 juta dengan reka bentuk yang menarik di Kampung Marasinsim, Kota Marudu diharap menjadi Eco Pelancongan kerana ianya terletak di tempat strategik utara Sabah dan menjadi laluan ke pantai timur. Demikian menurut Yang Dipertua Pertubuhan Islam Seluruh Sabah, Y.A.Bhg Tun Datuk Seri Panglima (Dr) Haji Sakaran bin Dandai ketika menghadiri Majlis Silaturrahim Hariraya Aidilfitri 2017M/1438H di masjid As-Shobirin Kampung Marasinsim, Kota Marudu, Jumaat, 14 Julai 2017,1.30 tengahari. Katanya pusat latihan yang terletak di tepi pantai itu yang akan menampung 400 pelajar bila
siap nanti akan dilengkapi dengan beberapa kemudahan seperrti masjid, bilik kuliah, asrama pelajar, rumah guru, dewan serbaguna, gelanggang sukan dan kantin. Pelancongan menjadi salah satu kegiatan sosial dan dapat menjana ekonomi serta diharap dapat memberi manaafat kepada penduduk kampung untuk menjalan perniagaan seperti penginapan, kantin/restoran, gerai kraftangan dan lain-lain. Turut sama dalam majlis itu ialah Pengerusi Tetap USIA Ismarah Madcasar, 2 Naib Yang Dipertua USIA, Prof. Datuk Dr Kasim Mansur dan Datuk Abd. Latiff Kandok, Setiausaha Agung dan Penolongnya, Datuk Hamzah Datuk Mohd. Zakaria dan Datuk Matin Datuk Pandin, dan 2 Ahli Mjlis Tertinggi, Datuk Abd. Razak Tun Sakaran dan Zainal Aliuddin

Kongsikan artikel ini

PinIt

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Top