Retreat wanita USIA, 3 resolusi akan dilaksana

  • DSC_0737_800x407.jpg
  • DSC_0744_800x341.jpg
  • DSC_0765_800x457.jpg
  • DSC_0799_800x388.jpg
  • Latifa-Mohd.-Shafie_502x600.jpg
  • Maliah-Haji-Sallih_455x600.jpg
  • Noraidah-Hidayah-Dakun_565x600.jpg
  • Salbiah-Agum_384x600.jpg

KOTA KINABALU: Wanita Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (Usia) akan melaksanakan tiga resolusi sekaligus melaksana target dan halatujunya.

Tiga resolusi tersebut ialah Seminar Kecediakawan, Kebajikan Tabung Khairat dan Ekonomi.

Ketuanya, Datuk Hajah Aziah Datuk Seri Panglima Haji Mohd. Dun menjelaskan demikian setelah selesai pembentangan dan penerimaan sebulat suara oleh Ketua-Ketua Wanita Usia Bahagian hasil Retreat: Hala Tuju Dakwah Wanita Usia bertempat di salah sebuah resort di Karambunai, Menggatal, Kota Kinabalu yang diadakan selama dua hari 30 hingga 31 Januari 2016.

Katanya hasil perbincangan dan pembentangan hala tuju dakwah wanita Usia itu, pihaknya telah mencapai kata sepakat dengan keilitizaman penuh untuk mengemukakan asas tindakan serta resolusi-resolusi tersebut.

Menurut Azizah seminar kecediakawan wanita Usia pula akan memperbanyakkan program keluarga Sakinah yang akan diadakan di peringkat bahagian serta akan diseleraskan oleh wanita Usia Negeri.

Mengikut beliau selain ibu bapa dan anak-anak, pihaknya juga akan menjemput para pelajar IPTA dan IPTS serta wakil Ngo yang lain yang akan dilibatkan sama menjayakan program ini.

Bagi resolusi pertama iaitu Seminar Kecendiakawan Wanita Islam, pihaknya akan mewujudkan pangkalan data dan portal yang lebih effisen untuk mengumpul serta mempelawa lebih ramai pendakwah sukarela bagi membantu perjalanan dakwah wanita Usia.

“Kita juga akan mengadakan koloborasi amali dakwah bagi tujuan kata sepakat, dengan ini proses dakwah itu perlu dirancangan dengan teliti supaya ianya tersusun dan terancang.”

Beliau seterusnya menjelaskan bagi resolusi kedua iaitu Kebajikan Tabung Khairat Wanita Usia,pihaknya akan mula melaksanakan tabungan RM10.00 setahun bagi setiap ahlinya dengan terkumpulnya dana nanti beberapa aktiviti akan dapat dilaksanakan seperti lawatan amal, membantu saudara baru, mengadakan kelengkap ibdah, bantuan kerusi roda dan lain-lain lagi.

Bagi resolusi ketiga Azizah menjelaskan, pihaknya akan menjana ekonomi ahlinya dengan menceburi bidang perniagaan supaya kemahiran yang ada pada setiap ahli Usia diharap dapat dijadikan satu produk bagi satu cawangan.

Azizah yang juga Timbalan Menteri Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Malaysia, percaya jika seseorang pendakwah itu mempunyai ekonomi yang kukuh maka akan lebih senanglah mereka berdakwah.

Beliau berharap mereka yang terlibat dalam bidang perniagaan nanti supaya mempromosi perniagaan masing-masing sama ada melalui facebook, instgram, facebook, akhbar dan lain-lain yang difikirkan perlu.

Menyentuh tentang dawkah beliau berharap penglibatan kaum wanita dan gerakerja dakwah perlu menuntut mereka untuk mengimbangkan tanggungjawab sebagai isteri, ibu, pekerja dan juga pendakwah.

“Cabaran dan isu yang pelbagai juga menuntut mereka untuk mempunyai persediaan ilmu dan kemahiran yang berkaitan dengan lapangan dakwah yang diceberui.”

“Kita berharap para wanita dapat mendidik masyarakat terutama generasi muda agar cenderung memilih kebaikkan dan membenci kemungkaran selain menjadi contoh ikutan yang baik daripada segi akhlak, personaliti bahkan juga keluarga.”

Mengenai maklumat palsu beliau menyarankan agar setiap orang membuat saringan terlebih dahulu sebelum menerima bulat-bulat dan tidak menyebarnya kerana ia boleh mendatangkan permasalahan.

Pada majlis itu juga Ketua Wanita Usia itu menyampaikan peruntukan kepada Ketua-Ketua Wanita Usia Bahagian selain menerima kunjungan hormat oleh 8 Ahli Jawatankuasa Persatuan Cina Muslim Malaysia (MACMA) Sabah diketuai oleh Pengerusinya, Mohammed Abdur Raheem Cheng.

Kongsikan artikel ini

PinIt

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Top