Sejarah USIA

LATAR BELAKANG PENUBUHAN

Tun Datu Haji Mustapha Datu Harun Yang Dipertua USIA yang pertama Bapa Kemerdekaan Sabah

Menyingkap kembali sejarah perjuangan USIA sejak mula ditubuhkan pada tahun 1969 di bawah pimpinan Allahyarham Tun Datu Hj Mustapha Bin Datu Harun, Yang Dipertua USIA yang juga merupakan Ketua Menteri Sabah pada ketika itu.

Salah satu daripada matlamat pembentukkan USIA ialah untuk menambah jumlah umat Islam di negeri ini. Bilangan yang beragama Islam masih rendah berbanding dengan penganut-penganut agama lain dan juga bagi mereka yang tidak beragama (Pagan). Selain rendahnya jumlah penganut agama Islam, umat Islam juga ketinggalan dari segi pendidikan dan kekurangan pembinaan rumah-rumah ibadat.

Orang-orang Islam yang serba kekurangan hanya dapat memulakan usaha untuk membina sekolah-sekolah agama dan tempat-tempat ibadat atas inisiatif mereka sendiri dangan keperluan yang serba kekurangan.

Perkembangan yang tidak seimbang berlaku di mana penganut agama Islam di Sabah dalam kedudukan yang serba dhaif dan ketinggalan dalam semua bidang termasuk bidang pendidikan, politik, social dan ekonomi.

Keadaan ini menyebabkan timbulnya kesedaran dikalangan orang Islam di Sabah terutamanya selepas Negeri Sabah ini mencapai kemerdekaan melalui Pembentukkan Malaysia.

PENGUKUHAN KEDUDUKAN ISLAM SELEPAS MERDEKA

Kemerdekaan Sabah melalui Malaysia dalam tahun 1963 telah membawa era baru dalam perkembangan Islam di negeri ini. Perlantikan Tun Datu Haji Mustapha Bin Datu Harun sebagai Ketua Menteri Sabah telah menaikan semangat dan meniupkan roh dakwah kepada perkembangan Islam di Sabah.

Sebagai pemimpin yang ingin melihat agama Islam dan penganutnya mendapat kedudukn yang sewajarnya di negeri ini. Tun Datu Hj Mustapha telah menjalankan usaha-usaha tersendiri bagi menukar imej Sabah dalam perkembangan dan penyebaran Agama Islam. Salah satu usaha Tun Datu Hj Mustapha yang terawal dalam kegiatan dakwah ialah menggalakkan kegiatan-kegiatan berbentuk keagamaan dipertingkatkan.

Galakan tersebut telah memberi inspirasi kepada pemimpin-pemimpin beberapa persatuan Islam, terutamanya dari Persatuan Islam Putatan, Persatuan Islam Tawau dan Persatuan Islam Sabah yang telah wujud sebelum ini bersatu dalam persatuan yang lebih besar. Keinginan menubuhkan Persatua Islam seumpama itu akhirnya tercapai dalam satu kongres masyarakat Islam yang dihadiri oleh masyarakat Islam.

Seramai 263 wakil dan pemerhati dari Persatuan Islam diseluruh Sabah menghadiri kongres tersebut yang diadakan selama 3 hari pada 14 sehingga 16 Ogos 1969 bwertempat di Dewan Masyarakat Kota Kinabalu. Semua perwakilan yang hadir di Kongres tersebut telah mengambil keputusan sebulat suara bersetuju bersatu dalam satu pertubuhan yang besar. Maka pada 16 Ogos 1969 lahirlah Pertubuhan Islam Seluruh Sabah atau United Sabah Islamic Association yang sebutan ringkasnya USIA dengan rasminya.

Dengan penubuhan USIA di bawah kempimpinan YAB Tun Datu Hj Mustapha Bin Datu Harun, Sabah telah menyaksikan perubahan besar bukan sahaja dalam sejarah perkembangan Islam malah dalam sejarah politik di negeri itu sendiri. Gerakan dakwah berjalan lancer dan USIA berjaya mengIslamkan puluhan ribu penduduk negeri ini terutamanya masyarakat suku kaum Kadazan/Dusun, Murut, Rungus dan kaum-kaum lain yang tidak mempunyai pegangan agama. Hakikat bahawa kegiatan dakwah menjadi faktor yang dominan dalam sejarah Sabah selepas penubuhan USIA tidak dapat dinafikan.

Setiap hari ada saja berita-berita kegiatan dakwah yang melibatkan bukan sahaja orang Islam secara perseorangan tetapi juga pemimpin politik dan kerajaan sendiri. Semua kegiatan ini telah membolehkan tercapainya beberapa kejayaan dalam sejarah perkembangan Islam. Penganut Agama Islam telah dapat ditingkatkan. Peratus umat Islam telah meningkat sebanyak 52% daripada 31%.

Dengan peningkatan tersebut telah membolehkan satu badan yang dinamakan Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) ditubuhkan pada 26 April 1972 dan Agama Islam menjadi agama rasmi di negeri Sabah diiktiraf dengan rasminya pada 23 September 1973.

Dengan tertubuhnya Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) untuk mentadbir umat Islam dan USIA pula meneruskan peranan sebagai Badan Dakwah (NGO) dan aktif.

TUJUAN PENUBUHAN USIA

Di antara tujuan penubuhna USIA yang terdapat dalam Perlembagaan USIA ialah

  • Memelihara kepentingan-kepentingan agam Islam
  • Memelihara kefahaman tauhid kepada Allah di kalangan umat Islam demi membentuk satu budi pekerti dan akhlak yang mulia.
  • Menganjurkan Dakwah Iskamiah kepada segenap masyarakat di Sabah berpandukan Al-Quran Dan Sunnah Menyediakan kemudahan-kemudahan pengajian dan pembelajaran Islam di seluruh Sabah
  • Menentukan kepentingan-kepentingan dan hak-hak masyarakat Islam di Sabah khasnya dan Malaysia amnya terpelihara dalam mana-mana undang0undang dan amalan.
  • Menjalankan kerja-kerja kebajikan dan amal jariah kepada orang Islam Menyemaikan perasan persaudaraan, muhibbah dan toleransi dikalangan sesame Islam dan di antara masyarakat Islam dan bukan Islam.
  • Memperbaiki serta meningkatkan taraf sosio ekonomi orang-orang Islam.

STRATEGI PERANCANGAN JANGKA PANJANG USIA

Akan membawa manusia berfikit secara global. Islam kepunyaan semua umat manusia Hormat-menghormati anatara satu sama lain dan Membangun keamanan, kemakmuran, keadilan, kestabilan yang diperaktikkan dalam semua bidang

a) Politik
b) Pendidikan
c) Ekonomi
d) Sosial dan lain-lain

Tanpa berfikir secara global dan tanpa mempraktikkan keindahan Islam, ia bagaikan emas celupan – apabila hilang celupnya maka hilanglah kualitinya.

[Artikel ini ditulis berdasarkan kertas kerja yang telah dibuat oleh Allahyarham Datuk Hj Awang Sahari Abd Latif, Pengarah Dakwah USIA (Sabah) suatu ketika dulu.]