Tun Datuk Seri Panglima (Dr) Haji Sakaran bin Dandai ketika menutup Program Gerakan Dakwah Tautan Kasih anjuran USIA Pusat

MANTAPKAN EKONOMI: Umat Islam digesa agar meningkatkan taraf sosio ekenomi mereka tanpa bergantung kepada mana-mana pihak. Mereka juga disaran supaya mendaulatkan dan meratabatkan siar Islam. Itu initipati ucapan Yang Dipertua, Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA) Y.A.Bhg Tun Datuk Seri Panglima (Dr) Haji Sakaran bin Dandai ketika menutup Program Gerakan Dakwah Tautan Kasih anjuran USIA Pusat, Kedudataan Arab Saudi Kuala Lumpur dan USIA Bahagian Tambunan bertempat di Sekolah Agama Negeri (SAN) Tambunan. Majlis itu turut dihadiri lebih 500 orang hadirin dan pelbagai acara diadakan sebelum itu seperti Forum Ehwal Islam, Sumbangan Barang Makanan kepada Fakir Miskin dan Penabungan Ahli Baru Tabung Haji. Turut hadir dalam majlis itu ialah Setiausaha Agung USIA dan Penolongnya, Y.Bhg Datuk Haji Hamzah Datuk Haji Mohd. Zakaria dan Y.Bhg Datuk Haji Matin Datuk Pandin, Y.Bhg Pengarah Tabung Haji Sabah, Datin Hajah Noralila Mohd. Said dan Y.Bhg Ustaz Jumain Abd. Ghani, Penolong Pegawai Daerah Tambunan yang juga Ketua USIA Bahagian Tambunan 

Kongsikan artikel ini

PinIt

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Top