Umat Islam Diseru Elak Bermusuhan

  • DSC_0488_640x255.jpg
  • DSC_0493_640x351.jpg
  • DSC_0498_640x346.jpg
  • DSC_0500_640x301.jpg

KOTA KINABALU: Umat Islam diseru agar tidak bermusuhan sesama sendiri bagi mengelakkan perpecahan dan menjadi berpuak-puak serta menghormati penganut agama yang lain.

Yang Dipertua, Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (Usia), Tun Sakaran Dandai menjelaskan ianya akan menyebabkan ummah menjadi lemah dan seterusnya membuka ruang kepada musuh untuk mengambil kesempatan daripada keretakan yang berlaku di kalangan mereka.

Beliau berkata demikian ketika mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tertinggi Usia pagi kelmarin bertempat di Bilik Mesyuarat Aras PH Menara Usia 1Borneo, Jalan Sulaman Kota Kinabalu pada 23 Januari 2016, Sabtu, 10 pagi.

Katanya umat Islam perlu menyedari dan mengelakkan diri daripada mudah menerima hasutan oleh pihak-pihak yang berniat jahat dan memecahbelahkan perpaduan mereka.

“Sebagai umat Islam, kita seharusnya mampu menerima perbezaan yang sedikit dan tidak bertindak melampau sehingga bermusuh-musuhan sesama sendiri.”

Sakaran menginggatkan kepada apa yang telah berlaku kepada umat Islam luar Negara seperti peperangan bersaudara dan kemusnahan yang mengakibatkan ramai umat Islam menderita, malahan terpaksa melarikan diri ke Negara jiran untuk mendapatkan perlindungan.

“Perbuatan umat Islam sendiri dalam mencetuskan peperangan kerana perbezaan pendapat seharusnya dielakkan, sebalinya harus berusaha merapatkan semula hubungan yang baik sesama mereka kerana sebagai umat Islam mereka itu adalah bersaudara.

Seterusnya mantan Yang di-Pertua Negeri Sabah itu menginggatkan pendakwah Usia agar sentiasa memberikan pendekatan dalam menyebarkan agama Islam dan melakukannya dengan berhemah serta tidak menggunakan kekerasan sehingga menyebabkan masyarakat lain memandang serong ke atas agama Islam.

“Kita tidak mau orang lain melihat agama kita sebagai agama yang bengis dan keras, sebaliknya kita hendaklah berusaha untuk menunjukkan bahawa Islam itu adalah agama keamanan.”

Menyentuh tentang dakwah Usia, Sakaran menyarankan agar pendakwah terarah kepada kaedah yang dapat menangkis persepsi negatif masyarakat, selain strategi yang digerakkan perlu mencapai sasaran yang ditetapkan.

Keperluan dan kehendak masyarakat Islam pada hari ini tidak sama dengan umat Islam pada masa lu yang memerlukan gerakan serta teknik berdakwah sesuai seiring dengan peredaran masa.”

Justru itu beliau berharap agar pendakwah Islam dapat mengingkatkan ilmu dan bijak dalam mempelabagikan kaedah berdakwah bagi menarik minat lebih ramai umat Islam dan bukan Islam.

Dalam mesyuarat itu juga Sakaran telah mengumumkan perlantikan tiga kekosongan Ahli Majlis Tertinggi Usia sesi 2015-2018 iaitu Datuk Moktar Rapok, Datuk Mohd. Tahir Picho dan Datin Saidatul Badru Tun Mohd. Said.

Sementara perlantikan Ahli Majlis Kerja Tertinggi Usia sesi 2015-2018, Pengerusi disandang oleh beliau, Ahli Jawaankuasa (2 Timbalan Yang Dipertua) Datuk Sairin Karno dan Tan Sri Datuk Panglima Ampong P.Puyon, (5 Naib Yang Dipertua) Datuk Aidi Moktar, Datuk Nilwan Kabang, Prof. Datuk Dr Kasim Mansur, Datuk Abdul Latiff Kandok dan Datuk Alipudin P.Puyon, (Ketua Belia) Jamawi Jaafar, (Ketua Wanita) Datuk Azizah Datuk Seri Panglima Mohd. Dun, (Setiausaha Agung) Datuk Hamzah Datuk Mohd. Zakaria, (Penolong Setiausaha Agung) Matin Datuk Pandin, (Bendahari Agung) Datuk Arshad Idris, (Ketua Penerangan) Datuk Zakaria Mohd. Edris, (3 Ahli Majlis Tertinggi) Datuk Dr. Abdul Kadir Rosline, Dr. Mingu Jumaan dan Pengiran Saifuddin Pengiran Tahir.

Sakaran juga turut mengumkan perlantikan Jawatankuasa Kecil Usia sesi 2015-2018; Kewangan dan Ekonomi (Pengerusi) Prof. Datuk Dr, Kasim Mansur (Timbalan Pengerusi) Dato’ Abdul Razak Tun Sakaran, Pelaburan, Pembangunan, Pengurusan Aset dan Yayasan Usia (Pengerusi) Datuk Mohammed Yusoff Apdal (Timbalan Pengerusi) Datuk Arshad Idris, Dakwah (Pengerusi) Datuk Aidi Moktar (Timbalan Pengerusi) Matin Datuk Pandin.

Kebajikan dan Pembangunan Sosial (Pengerusi) Datuk Alipudin P.Puyon (Timbalan Pengerusi) Nanih Abah, Perlembagaan dan Undang-Undang (Pengerusi) Datuk Azizah Datuk Seri Panglima Mohd. Dun (Timbalan Pengerusi) Pengiran Saifuddin Pengiran Tahir, Keahlian dan Penyelaras Bahagian (Pengerusi) Datuk Hamzah Datuk Mohd. Zakaria (Timbalan Pengerusi) Datuk Arshad Idris.

Seramai 29 Ahli Majlis Tertinggi Usia menghadiri mesyuarat itu antaranya Datuk Nilwan Kabang (Naib Yang Dipertua), Datuk Hamzah Datuk Zakaria (Setiausaha Agung), Datuk Zakaria Mohd. Edris (Ketua Penerangan), Jamawi Jaafar (Ketua Belia) dan Datuk Azizah Datuk Seri Panglima Mohd. Dun (Ketua Wanita).

Kongsikan artikel ini

PinIt

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Top