Usia dan Yadim akan berkerjasama dalam memperkasa dakwah

DSC_1711_800x363

KOTA KINABALU: Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (Usia) dan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia, Negeri Sabah (Yadim) akan terus berkerjasama dalam gerakan dakwah Islamiah di Sabah.

Yang Dipertuanya, Usia, Tun Sakaran Sakaran Dandai menyatakan demikian ketika menerima kunjungan hormat oleh Pengarah, Yadim Negeri Sabah, Samin Ongki dipejabatnya pagi tadi di Menara Usia, Level 12, Tower D, 1Borneo Jalan Sulaman Kota Kinabalu.

Katanya untuk mempastikan keberkesanan kegiatan dakwah lebih berkesan, beberapa langkah dan perancangan dakwah haruslah dilakukan yang meliputi ajaran Islam itu sendiri serta sesuai dengan kumpulan sasaran yang pelbagai dan berbeza, baik dari segi jantina, peringkat umur dan profesen mereka mahupun serta latar belakang.

Menurut Sakaran tahap maklumat dan isi ajaran Islam yang hendak dikemukakan mestilah sesuai dengan mengambil kira keperluan semasa serta menghapuskan kekeliruan dan kesesatan.

“Gerakan dakwah merupakan satu medan dakwah yang memainkan peranan yang amat penting dalam melaksanakan seruah dakwah, kerana ianya bukan sahaja memberi gambaran tentang Islam kepada masyarakat Islam dan bukan Islam bahkan secara tidak langsung menjadi agen penggerak dalam usaha untuk melahirkan kesederan beragama.”

“Kalau ini dapat dilakukan maka sudah pasti usaha berdakwah akan mencapai matlamatnya.”

Seterusnya Mantan Yang di-Pertua Negeri Sabah itu menjelaskan skop pengajaran Islam yang dikemukakan mestilah mengambil kira aspek-aspek terpenting yang menjadi asas ajaran Islam itu sendiri, disamping memberi penjelasan mengenai syariat Islam yang luas dan meliputi seluruh kehidupan manusia.

“Usaha pengkukuhan iman akan diberi keutamaan dalam gerakan program yang bakal diadakan dalam membena umat Islam yang kuat dan mampu mengatasi segala cabaran yang dihadapi baik pada masa ini maupun masa akan datang.”

Akhirnya beliau menjelaskan suatu mekanisma penyelarasan yang berwibawa dan berkesan akan dibentuk bagi memastikan kegiatan dakwah dapat terlaksana dengan teratur dan rapi serta menepati pasa sasarannya.

Semantara itu Samin pula menjelaskan pihaknya akan menyelaras kegiatan dakwah Islam dengan memperkukuh dan membina hubungan strategik serta jalinan ukhuwwah kemasyarakat Islam.

Katanya Yadim akan terus membina hubungan dengan pelbagai agensi dan NGO dalam menjalankan kegiatan dakwah menerusi pendekatan sosial.

“Kita akan memantapkan gerakan dakwah dan mendepani ancaman-ancaman terhadap Islam berteraskan syariah selain mencetuskan kefahaman bermuamalah bertersakan syariah.

Beliau percaya dengan ini pihaknya dapat melahirkan pendakwah Islam yang berpengetahuan dan berkemahiran.

Pengarah itu juga memberitahu, pihaknya akan terus menggiatkan program pengkaderan berteraskan dakjwah selain membangunkan professional dan pelapis kepimpinan yang berfikrah Islam.

“Cabaran gerakan dakwah masa ini amat besar terutama dalam langkah untuk menyebarluaskan dakawah di kalangan umat Islam dan bukan Islam, justru gerakan dakwah yang dilakukan semestinya lebih berketrampilan dan memiliki strategi.”

Antara program yang bakal diadakan ialah aktiviti dakwah yang berbentuk berjemaah atau berorganisasi supaya ianya lebih tersusun dan tiada berbezaan sosio budaya, persekitaran, adat resam dan budaya setempat.

Turut hadir dalam kunjungan itu ialah Setiausaha Agung Usia, Datuk Hamzah Datuk Mohd. Zakaria, Penolong Setiausaha Agung Usia, Matin Datuk Pandin dan Bendahari Agung, Datuk Arshad Idris.

Kongsikan artikel ini

PinIt

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Top