Y.B.Bhg Tun Datuk Seri Panglima (Dr) Haji Sakaran bin Dandai, Yang Dipertua Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA) ketika berucap di majlis lawatan ke Kampung Monsok Tambunan

KEKALKAN: Perpaduan di kalangan pelbagai kaum hendaklah dikekalkan sampai bila-bila, kerana ianya merupakan fomula dalam hidup aman dan damai. Demikian menurut Y.B.Bhg Tun Datuk Seri Panglima (Dr) Haji Sakaran bin Dandai, Yang Dipertua Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA) ketika berucap di majlis lawatan ke Kampung Monsok Tambunan. Katanya pengwujudkan perpaduan yang jitu adalah intipati kemakmuran sesebuah negeri dan negara itu. Beliau juga turut memberikan sumbangan RM5 ribu ringgit kepada Pengwrusi Surau Kampung Monsok dan turut menziarahi warga tua yang sedang sakit Surop bin Gampalid, 84 tahun disamping menyampaikan sumbangan berupa kewang kepada 20 orang fakir miskin. Turut serta dalam lawatan itu ialah Y.Bhg Datuk Haji Hamzah Datuk Haji Mohd. Zakaria Setiausaha Agung USIA, Y.BhG Datuk Haji Matin Datuk Pandin Penolong Setiausaha Agung USIA dan Y,.Bhg Ustaz Jumain Abd. Ghani, Penolong Pegawai Daerah Tambunan yang juga Ketua USIA Bahagian Tambunan.

 

Kongsikan artikel ini

PinIt

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Top